Pantun/ Sajak/ Lagu

Home
The Freestyles/Raps/Poems/Songs
Pantun/ Sajak/ Lagu
Drawings/ Sketches/ Designs
Biography
The Interactive Portal
Gallery Portal
Downloads
Links
HTML tryouts

Sajak yang aku tulis masa hatiku pecah... lor tukarlah dalam bahasa Inggeris! :P 10/8/2006
 
Bidadari Malamku
Ini hanya satu coretan
Untukmu
Bukannya satu khayalan
Mainan waktu
Hanya kau yang tahu
Isi hatiku
Mungkin ini peluang yang satu
Cuma...

Pernah
Sebelum ini aku merasai cinta
Dicintai
Mencintai
Tapi yang kurasai
Kali ini...
Amat berbeza dan tak ku pasti
Sama ada ilusi atau realiti
 
Hanya bila ku berhadapan denganmu
Ketika ku renung matamu
Sinaran kejora matamu
Menyelinap masuk ke hatiku
Seakan memori lalu
Kembali lagi menyinar sinaran pagi
 
Aku tahu...
Kewujudanmu takkan bertahan lama
Di lubuk hatiku
Seakan pudarnya kilauan sepatumu
Tapi takkah kau sedar
Bahawa waktu itu
Takkan berulang
Hanya menghilang
Tatkala kita terbang di arena perjuangan
Yang hanya selesai di destinasi kegemilangan
Itukah yang aku cari?
Itulah yang aku cari...
Tapi bagaimana denganmu?
 
Hanya bila ku berhadapan denganmu
Dan bila ku renung matamu
Sinaran kejora matamu
Menyelinap masuk ke hatiku
Seakan memori lalu
Kembali lagi menyinar sinaran pagi
 
Namun
Satu yang ku mahu kau tahu
Bahawa pada masa kau riang
Aku setia di sini
Pada masa kau sedih
Kan ku sedia menerima rintih
Rintihan hidupmu
Asalkan kau percayakanku
Dan percayailah
Yang aku akan menunggu kau bidadari malamku
Hingga mimpiku berakhir di pagi nanti...

Sajak nukilan pertama aku secara IT. 12/4/2006

Loket
Secebis kenangan yang lalu
Tinggal memori impian kau dan aku
Karena persinggahan ku ini
Hanyalah sebuah destinasi di arena puisi
Ku genggam erat rantaimu
Tanda perhubungan kita berdua
Dan ku genggam erat tanganmu
Tanda percintaan kukuh kita berdua
Dan ku takkan melupakanmu
Walaupun ku bertandang ke medan perang
Janjiku hanyalah untukmu
Demi kita dan negara aku terpaksa berjuang
Loketmu akan ku simpan
Sebagai perisai senjata hidupku
Untuk mu hanya ku kan simpan
Waktu kita berdua mengubat rindu
Dan ku tahu.... dan kau jua tahu
Bahawa peperangan hanya membinasakan
Dan juga ku tahu.... kau pun tahu
Bahawa erti keamanan hanyalah khayalan
Tetapi kau jua tahu.....
Ros merah yang ku berikan
Menjadi alat penerus hidupmu
Diharap ku tak kau lupakan......
Karena ku akan terus berjuang.... dan berjuang
Di medan perang.... membingkis semangat realiti
Dan menyerap kesungguhan luarbiasa.... dan perajurit ini
Mempunyai kekuatan terhebat.... iaitu di ruang hati ini....

OK.... kat sini adalah lagu -lagu yang dicipta oleh aku dan orang lain. Terlebih dahulu lagu yang aku nak letak kat sini ialah lagu PKN aku iaitu Bulan 8 Di Sandakan:
 

Bulan Lapan Di Sandakan

Kisah mula dahulu kala
Bila hati jatuh cinta
Ku terkenang raut wajah
bila pejam mata

Tawar ria ubat duka
Ku terkenang kau disana
Lagu ini khas ku gubah
untuk mu oh sayang...

chorus
Hati ku mulai bosan
Rinduku padamu bulan
Kemudiannya kau datang
oh..oh..oh..

Ku sangka dikau riang
Rupanya halauku pulang
Bulan lapan di Sandakan.

RFS Roses For Survival